Sunday, January 15, 2012

SEJARAH MANIS

Segalanya bermula pada tahun 2005, sewaktu kaki ini mula melangkah dan berpijak di bumi SMK Sepagaya, sebuah sekolah yang terletak di daerah Pantai Timur Sabah. Julai 2005 telah bermula lembaran baru dalam hidup insan hina ini apabila dengan izin-Nya, terlancarlah sudah program sentuhan sulungku buat julung kalinya yang diberi nama Minggu Penghayatan Islam. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan warga pelajar Sepagaya pada ketika itu dan saf pendidik yang juga telah memberikan inspirasi buat diri untuk terus berdiri gagah dalam kembara dakwah ini..MANIS adalah akronim atau kependekkan bagi Minggu PenghayatAN Islam (MANIS) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Pengetua sekolah pada ketika itu. Bertitik tolak dari situlah gelaran dan jolokan USTMANIS tercipta oleh barisan anak-anak didik generasi pertama setelah perkataan Ustaz digabungkan dengan kalimah MANIS. Maka terciptalah gelaran Ustaz MANIS. MANIS merupakan program yang berbentuk pengisian jiwa yang meliputi aspek santapan jiwa, suntikan nurani berteraskan hiburan menuju MARDHATILLAH. Namun ia dipersembahkan melalui method yang lebih segar. Dengan izin-Nya, terhasillah anak-anak didik generasi MANIS bermula era 2005. Sejarah jua telah membuktikan bahawa di pentas MANIS jugalah lahirnya sebuah kumpulan nasyid sekolah kontemporari pertama di bawah bayu yang diberi nama FAWWAZ yang membawa maksud KEJAYAAN. Kejayaan ini juga lebih MANIS apabila FAWWAZ berjaya merakamkan album sulung PERMATA HATI pada tahun 2007.

Tanpa menoleh ke belakang, FAWWAZ terus mengorak langkah setapak demi setapak untuk mencatat sejarah dan kejayaan demi kejayaan yang MANIS-MANIS belaka. Antara beberapa siri kejayaan yang dapat dikongsikan di sini dlm sejarah MANIS ialah KONSERT AMAL HAMPARAN KASIH menampilkan INTEAM&NAZREY JOHANI (MANIS’06), KONSERT NASYID MANIS BERSAMA HIJJAZ (MANIS’07), SHOW JELAJAH TIMUR BORNEO BERSAMA INTEAM (MANIS’08) dan MALAM IMBAUAN MEMORI BERSAMA RASULULAH (MANIS’09) yang menampilkan RABBANI dan DATO’ USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Alhamdullillah wa syukrulillah semua program MANIS saban tahun dinantikan oleh masyarakat setempat. Sebagai bukti, semua tiket masuk telahpun ‘SOLD-OUT’ bagi setiap program MANIS. Ia juga telah mendapat liputan akhbar yang meluas khususnya di bumi Sabah ini. Berita-berita kejayan program MANIS telah berjaya mengisi di dada-dada akkhbar seperti Utusan Borneo dan Daily Ekspress. MANIS’09 adalah edisi yang terakhir sebelum ia menutup tirai di bumi bertuah Lahad Datu. Terima kasih kepada semua wartawan atas sokongan. Apapun, bersama kita kembalikan pujian melangit tinggi kepada Tuhan Sekelian Alam yg telah menganugerahkan segala-galanya ini. Sesungguhnya dalam ni'mat, ada tarbiyah..Dlm kejayaan, terselit ujian!!

Kini, segalanya hanya tinggal kenangan..Semuanya abadi dalam lipatan memori dan tersimpan dalam khazanah agung yang dapat di’muzimkan’. Apapun, ana hadiahkan segala kejayaan dalam episod MANIS buat semua penyokong setia sehingga lahirnya USTMANIS yang kalian semua kenali seperti hari ini..Doa restu kalian semua jualah yang membuatkan insan ini masih mampu berdiri gagah di persada dunia da'wah ini sehinggalah titisan keringat yang terakhir..InsyaAllah.Segala yang tercoret di sini bukanlah bermaksud untuk insan kerdil ini mendabik dada, meninggi diri namun sekadar berkongsi rasa, suka duka dlm KEMANISAN. Semoga ALLAH SWT akan memelihara hati ini dari segala sifat mazmumah. Semoga benih Islam terus subur di bumi bertuah Lahad Datu biarpun jasad ini tidak lagi berjalan dan berlari di sana..Benarlah firman-Nya yang berbunyi : Andainya kamu bersyukur atas segala ni'mat kurniaan-Ku, akan ku tambah rezeki kepadamu dan sekiranya kamu berpaling atau kufur kepada-Ku, maka ketahuilah sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih “

Tuesday, October 4, 2011

JADUAL OKTOBER

JADUAL OKTOBER :
1. 8hb : Qiamullail@Masjid Daerah Barat Daya, P.Pinang
2. 11hb : Ceramah Motivasi@SK Jelutong, P.Pinang (10.30 pg)
3. 13hb : Sesi Ramah Mesra & Motivasi bersama UNIC@SMK Pondok Upeh (11pg)
4. 14hb : MOTIVASI "MUNAJAT KASIH"@MRSM Baling (9 mlm)
5. 22hb : Ceramah Motivasi Keibubapaan@SK Sg Pinang, P.Pinang (8.30 pg)
6. 24hb : Kem KeMANISan IMAN@Pusat Air Teluk Kumbar (3.00 ptg)
7. 25 - 27hb : Tour Motivasi Show@Lahad Datu Sabah
8. 29hb : Bengkel Smart Solat@Hotel Putra K.Lumpur (8.00pg-5.00ptg)
9. 30hb : Qiamullail & Kuliah Subuh@Teluk Panglima Garang, Selangor

Monday, September 12, 2011

JADUAL SEPTEMBER

1hb:Show Ei'dulfitri&Promosi Album@Kuala Nerang
5hb:Motivasi Pecutan Terakhir UPSR@SK Sg Pinang
5- 8hb:Kursus ICT@IAB Jitra
8hb:Ceramah Motivasi Mohon Restu UPSR@Masjid B.Baru Air Itam
14hb:Show Ei'dulfitr Diraja Perlis@IPTIS
15hb:Show Kemerdekaan@Masjid Zahir, A.Setar
16hb:Rakaman Album@Inteam Studio
22hb:Motivasi Mohon Restu PMR@SMK P.Upeh
23hb:Show Promosi Album@Masjid Sg Ara
24hb:Juri Nasyid@Politeknik Kulim
29hb:Kem Kemanisan IMAN - Taklimat@IPG Tunku Bainun
29hb:Ceramah Motivasi Mohon Restu PMR@Bandar Baru Air Itam(mlm)

Sunday, July 31, 2011

JADUAL AKTIVITI OGOS

1. 12 OGOS : CERAMAH RAMADHAN & PROMOSI ALBUM@SK BUKIT GELUGOR

2. 13 OGOS : QIAM & SLOT KULIAH SUBUH@MASJID DAERAH B.DAYA

3. 16 OGOS : CERAMAH NUZUL AL-QURAN & PROMOSI ALBUM@SK PULAU BETONG

4. 16 OGOS : TAZKIRAH RAMADHAN@SK WELLESLY, GEORGETOWN

5. 17 OGOS : QIAM & SLOT KULIAH SUBUH@SM VOKASIONAL, B.PULAU

6. 15 - 17 OGOS : PROGRAM "MASIH ADA YANG SAYANG"@SEKITAR BALIK PULAU

7. 18 OGOS : CERAMAH RAMADHAN,TENNIK MENJAWAB PI SPM&PROMOSI ALBUM@SMK HAMID KHAN

8. 20 - 21 OGOS : KEM SMART SOLAT@SMK PONDOK UPEH

9. 22 OGOS : CERAMAH RAMADHAN & PROMOSI ALBUM@SK MINEN HEIGHT

10. 27 OGOS : QIAM & SLOT KULIAH SUBUH@MASJID DAERAH B.DAYA

Wednesday, July 13, 2011

KINI MENEMUI ANDA..DAPATKAN YANG ORIGINAL SEKARANG!!



MAJLIS PELANCARAN DI SABAH : 21 SYA'ABAN 1432H/23 JULAI 2011
PELANCARAN DI SEMENANJUNG : 1 RAMADHAN/1 OGOS 2011..
DAPATKAN YANG ORIGINAL BERHARGA RM 14.
HUBUNGI 019-4408736 UNTUK TEMPAHAN